Search


PUDING ROTI JAGUNG EKSPRES, mudah dan cepat ...

  • Share this:


PUDING ROTI JAGUNG EKSPRES, mudah dan cepat disediakan.
http://sajiandapurbonda.blogspot.com/…/puding-roti-jagung-e…

Bahan-bahan A:
25 gram agar-agar strip – Kak Noor guna jenama layang-layang
700 ml air (untuk memasak agar-agar)
2 cawan gula putih
2 sudu besar gula perang

Bahan-bahan B: (Disatukan dan diblender)
1 tin jagung manis ala krim – apa-apa jenama pun boleh
1 tin susu sejat
1/4 cawan air
3 keping roti putih gardenia
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard

Penyediaannya:
1. Rendam agar-agar di dalam air selama lebih kurang 10 minit (supaya agar-agar lembut). Kemudian dibasuh dan ditos. Ketepikan.
2. Roti gardenia dicarik-carikkan dan direndam di dalam susu sejat sehingga lembut.
3. Satukan bahan-bahan B di dalam blender dan kisar semua bahan sehingga lumat dan sebati.

Cara-cara Memasaknya:
1. Masukkan 750 ml air dan agar-agar di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas itu masukkan gula putih dan gula perang. Masak sehingga gula betul-betul larut.
3. Perlahankan api (nyalaan sederhana). Masukkan bahan-bahan B yang telah diblender tadi dan kacau dengan menggunakan senduk kayu. Kacau selalu sehingga adunan bertukar menjadi pekat sedikit (lebih kurang 15 – 20 minit)
4. Tutup api. Angkat adunan dan masukkan ke dalam acuan pilihan anda. Biarkan seketika di luar sehingga agak suam. Kemudian baru dimasukkan di dalam peti ais. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, biarkan ia betul-betul sejuk di dalam peti ais. Lebih elok kalau sediakan pada waktu malam, dan simpan di dalam peti ais semalaman. Esok baru dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba.


Tags:

About author
Halaman ini memuatkan resepi-resepi masakan yang boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja.
Sekadar Masakan Keluarga dan Resepi Pilihan Untuk Dikongsi Bersama.
View all posts